Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Dilaksana Dengan Konsep Dan Format Baharu Hasil Kerjasama MINDEF, KPT & KPM

Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan konsep dan format baharu di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan semula PLKN akan dijalankan menerusi dua fasa iaitu Fasa Pra PLKN dan Fasa Latihan Asas.

PLKN 3.0 dilaksana dengan konsep dan format baharu

Foto: Hot FM

“MINDEF, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan modul latihan secara berfasa.
“PLKN akan diperkenalkan di peringkat sekolah iaitu Fasa Pra PLKN sebagai persiapan untuk menjalani latihan khidmat negara selepas berusia 17 tahun.
“Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar di Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan ko-kurikulum,” katanya bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Pada fasa seterusnya remaja berusia 17 tahun dan ke atas akan dipilih untuk menjalani latihan asas iaitu Fasa Latihan Asas di 13 kem Askar Wataniah di seluruh negara, 20 universiti awam dan beberapa politeknik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Seramai 3.61 Juta Ahli KWSP Buat Pindahan Ke Akaun Fleksibel Berjumlah RM11.52 Bilion

Fasa latihan asas itu merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus serta latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus.

“Modul Asas Kenegaraan dibangunkan oleh KPM yang mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.
“Manakala Modul Asas Ketenteraan pula dibangunkan oleh MINDEF yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.
“Pelatih akan dilatih untuk mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa, tersusun (organised) dan mandiri (independent),” ujarnya.

Dalam pada itu, pelatih juga akan diberikan peluang untuk menjalani latihan lanjutan atau Fasa Latihan Lanjutan mengikut bidang yang mereka minati.

“Modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan tersebut berbentuk intensif, lapangan dan praktikal,” jelasnya.

Untuk makluman, Fasa Pra PLKN di peringkat sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 4 akan dilaksanakan bersama ketetapan pelaksanaan modul GenMadani oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun/Jul 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Fasa PLKN Asas yang melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di kem askar wataniah selama 45 hari selain ia dijangka akan bermula pada April 2026.

Walau bagaimanapun, projek rintis akan bermula pada Jun dan Julai 2025 yang akan melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta.

Manakala Fasa PLKN Asas di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi Akademik 2026/2027.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC dengan berkata mahu buat Piala Daddy dan Piala cap susu selepas...

Spotlight

Pempengaruh media sosial Indonesia, Intan Cut Nabila memuat naik sebuah lagi video baharu memparkan keganasan rumah tangga yang dialaminya menerusi platform Instagram pagi tadi....

Lokal

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan murka dan rasa terkilan dengan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan...

Lokal

Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal bersetuju bayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd kerana menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd