Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Asia: Perlawanan Sengit Malaysia, Korea Selatan Dipuji FIFA

Perlawanan sengit antara Malaysia dan Korea Selatan malam tadi dipuji Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laporan Kosmo, aksi Harimau Malaya yang kembali bangkit daripada ketinggalkan 2-3 untuk meraih mata penyamaan pada masa kecederaan berjaya menarik perhatian badan induk bola sepak dunia itu.

Apa yang lebih membanggakan, Harimau Malaya berjaya memberi cabaran kepada pasukan Taeguk Warriors yang berada pada ranking 23 dunia meskipun pasukan kebangsaan ke-130 dunia.

Perlawanan sengit Malaysia dipuji FIFA

Artikel lain: Sudah Beri Yang Terbaik Sebagai Jurulatih, Kim Pan Gon Akur Jika Dipecat

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perlawanan yang cukup hebat sekali” kata FIFA dalam laman sosial Facebook.

Sekadar info, Malaysia berjaya meraih tiga gol dalam aksi terakhir Kumpulan E itu dari Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.

Skuad Korea Selatan pula mendapat jaringan hasil penyudah Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in dan kapten, Son Heung-min.

Terdahulu, dua kekalahan yang dihadapi Malaysia telah menafikan skuad negara mencipta sejarah dengan layak ke pusingan 16 buat kali pertama yang juga merupakan matlamat peribadi Pan Gon.

Sebelum Piala Asia, Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon mencatatkan 18 kemenangan, empat seri dan lima kekalahan daripada keseluruhan 27 perlawanan dalam semua pertandingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Muhamad Ardie Putra Suhaimi)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd