Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pesawat Japan Airlines Terbakar Selepas Bertembung Pesawat Lain

Sebuah pesawat Japan Airlines terbakar selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai  landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Memetik laporan dari Daily Mail, pesawat yang membawa 367 penumpang dilihat  bergerak di sepanjang landasan sebelum berlakunya kebakaran di bahagian bawah dan belakang.

Pesawat diselubungi api marak

Dalam satu rakaman yang tular, dapat dilihat pesawat Japan Airlines diselubungi api marak dengan api kelihatan keluar dari tingkap penumpang termasuklah menjilat pintu utama kabin dan ada serpihan pesawat yang jatuh ke landasan.

Penumpang juga dilihat bergegas menyelamatkan diri dari terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesawat Japan Airlines terbakar, semua penumpang berjaya dipindahkan

Dalam pada itu, jurucakap Japan Airlines memlaporkan kepada media Jepun bahawa kesemua 379 termasuk anak kapal di dalam penerbangan  JAL 516 Airbus A-350 telah berjaya dipindahkan dan perkara tersebut dianggap satu keajaiban kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku walaupun kebakaran tersebut memusnahkan hampir kesemua bahagian besar pesawat.

Pesawat Japan Airlines terbakar bertembung dengan pesawat pengawal pantai

Walau bagaimanapun, seorang pegawai pengawal pantai mengesahkan bahawa seorang anak kapal berjaya melarikan diri namun nasib lima lagi tidak dapat dikenal pasti selepas pesawat pengawal pantai berkenaan bertembung dengan Japan Airlines.

Artikel lain: Penumpang Berani Mati! Buka Pintu Kecemasan Pesawat Sebelum Mendarat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, 70 jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di landasan Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Penerbangan Japanese Airlines itu telah terbang keluar dari lapangan terbang Shin Chitose di Jepun dan sedang mendarat di lapangan terbang Haneda ketika bencana itu berlaku.

Sumber: X BNO News, Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd