Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 yang diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia selaras dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, persidangan kali ini pertama ini telah menghimpunkan profesional kaunseling, pendidik, penyelidik dan pelajar untuk membincangkan isu, perkembangan dan penyelidikan terkini dalam bidang kaunseling.
“Ia juga merupakan satu platform bagi para akademik, kaunselor dan ahli psikoterapi mendapatkan pendedahan tentang ilmu selain memperkukuhkan jaringan hubungan sedia ada dan membina rangkaian baru dengan pakar bidang dari dalam dan luar negara.
“Penganjuran persidangan ini selaras dengan hasrat Kementerian untuk memperluas jaringan profesionalisme kaunseling di peringkat global,”katanya.
Artikel lain: KPWKM Henti Beri Elaun Kepada Pengemis OKU Miliki Proton X70
Persidangan Kaunseling Sedunia 2025 Perluas Jaringan Profesionalisme
Beliau berkata, persidangan ini dianjurkan secara bersama antara KPWKM melalui Lembaga Kaunselor Malaysia dengan Universiti Putra Malaysia dan Open University Malaysia. Persidangan ini turut mendapat kerjasama dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sunway University sebagai rakan strategik.
Tambah beliau,”New Horizons in Counselling Practices: Navigating Social, Psychological and Technological Challenges” dipilih sebagai tema persidangan.
Ia bagi mencerminkan landskap kaunseling yang berkembang sebagai tindak balas kepada cabaran dan peluang yang dinamik yang ditimbulkan oleh masyarakat kontemporari.
“Kaunselor hari ini berdepan dengan cabaran sosial, psikologi dan teknologi selaras dengan faktor globalisasi dalam pelbagai konteks, kepercayaan dan nilai budaya.
“Tema ini juga menekankan keperluan seorang kaunselor untuk mempunyai pengetahuan tentang kaedah terapeutik tradisional dan dalam masa yang sama tangkas dan responsif terhadap perubahan sosial, psikologi dan teknologi yang berlaku,”jelasnya.
![]()
Seramai 401 peserta telah hadir dengan kehadiran secara fizikal dan dalam talian termasuk enam panel serta lima peserta antarabangsa menyertai persidangan .
Antara negara yang hadir adalah delegasi dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Maldives, United Kingdom, Hong Kong dan China.
Turut hadir bersama Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Prof. Dr Ahmad Farhan Mohd Sadulla, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, Professor Dr. Othman Dato Haji Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Professor Dr. Ahmad Izanee bin Awang, Vice President Open University Malaysia dan para pensyarah, pelajar dan pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi kerajaan yang lain.
Sumber: IG KPWKM
