Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tragedi Sungai Korok: Perniagaan Roti Canai Arwah Nurul Hidayah Akan Diteruskan Keluarga

Ibu kepada Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang maut bersama suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak dan empat orang anak selepas kereta Proton Iswara terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra memberitahu akan meneruskan perniagaan roti canai yang diusahakan oleh arwah menantunya.

Menurut laporan Harian Metro, Roswati Zainol, 52, berkata sebelum ini arwah anak dan menantunya pernah berniaga bersebelahan Hospital Lama Alor Setar namun terpaksa mencari tapak baru kerana kurang mendapat sambutan.

Perniagaan roti canai

Perniagaan roti canai

Foto: Berita Harian

“Kami akan teruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang yang baru diusahakan arwah dan suaminya sejak sebulan lalu sebab mereka susah payah cari tapak niaga.
“Biasanya, arwah menantu Mohamad Azim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan akan terus ke kedai roti canai jika pulang dari kerja sebelah pagi.
“Kemudian baru dia tukar baju dan selesaikan anak-anak serta ambil mereka dari sekolah,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna pada 22 April tahun lalu memaparkan Nurul Hidayah dan Mohamad Azim mempromosikan gerai roti canai mereka.

Dalam perkongsian tersebut, Nurul Hidayah berkata dia menjual roti canai pada harga yang murah bertujuan memberi pilihan makanan mampu milik kepada pelanggan yang kebanyakannya kakitangan hospital dan orang awam.

Artikel lain: “Janji Dapat Teruskan Hidup” – Video Lama Pasangan Tragedi Enam Beranak Jual Roti Canai Murah Undang Sebak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terpulang kepada Putri Qisya

Tangkap layar video menerusi perkongsian di Thread

Dalam pada itu, Roswati akan mengikut keputusan cucunya, Putri Qisya berkaitan dengan siapa yang dia ingin tinggal dan dijaga selepas ini.

“Saya tak paksa dan tak suruh, ikut rasa hati dia dengan siapa serasi. Nak tinggal dengan tok umi pun boleh. Cuma dia sudah jadi kekuatan saya sebab umi dia dah tak ada.
“Kalau dia nak tinggal dengan ibu saudara pun tak apa, cuma jangan paksa hati nak jaga hati sesiapa. Ikut mana yang kita nak hadap hari-hari,” katanya.

Terdahulu, misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, pada Isnin.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd