Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Permohonan Maaf Kepada Jepun Dan China Sebab Kemalangan, Bukan Isu Papan Tanda – King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah tampil memberi penjelasaan berhubung permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan China adalah berkaitan insiden kemalangan di Malaysia yang melibatkan pelancong kedua-dua negara tersebut.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, beliau menegaskan bahawa permohonan maaf yang dibuat bertujuan menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan pelancong asing di Malaysia.

King Sing dengan jelas menyatakan bahawa permohonan maafnya tidak mempunyai kaitan dengan isu papan tanda yang sedang diperkatakan.

“Saya memohon maaf (kepada mereka) atas kelemahan di pihak kami dalam memastikan keselamatan pelancong dan bukan sekadar memohon maaf tanpa alasan.
“Menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan rumah untuk memastikan pelancong dapat menikmati percutian mereka dengan selamat dan gembira.
“Apabila pelancong datang ke Malaysia dengan harapan untuk bercuti tetapi berakhir dengan tragedi tidak diingini, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi mangsa serta ahli keluarga mereka,” katanya pada Selasa.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disaran untuk mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian sedemikian daripada berulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berhubung isu papan tanda, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan komunikasi secara baik dengan peniaga.

Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Malaysia sebagai satu keluarga, beliau menekankan kepentingan menjaga keharmonian dan perpaduan.

Sumber: Facebook Dato’ Seri Tiong King Sing

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd