Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Penyamun Sopan’ Suruh Teruskan Makan, Minta Warga Emas Tak Ganggu Selongkar Rumah

Seorang wanita warga emas di Kampung Melayu, Simpang Renggam berdepan detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki ‘penyamun sopan’ bertopeng kira-kira jam 4.30 pagi Rabu lalu.

‘Penyamun sopan’ masuk rumah warga emas

Menerusi video yang tular di media sosial, suspek yang digelar netizen sebagai ‘penyamun sopan’ itu dilihat menyuruh mangsa meneruskan makan dan jangan ganggu semasa dia menyelongkar rumah.

‘Penyamun sopan’ ambil barang berharga dan wang tunai

Kejadian tersebut berjaya dirakam melalui kamera CCTV yang dipasang di dalam rumah dan kini tular di media sosial.

Difahamkan, rakaman berdurasi hampir 3 minit itu menunjukkan suspek berpakaian biru gelap masuk ke ruang tamu dan mencari barang berharga termasuk wang tunai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang tinggal seorang diri sempat bertanya “Awak datang dari mana?” namun suspek dengan tenang meminta wanita itu supaya tidak bangun dan terus duduk diam.

Suspek juga dilihat tidak membawa sebarang senjata tajam, malah dipercayai sedar akan kehadiran CCTV di rumah tersebut.

Mangsa kemudian cuba menjerit selepas dompetnya dirampas, namun suspek segera beredar tanpa mencederakannya.

Semoga penyamun segera ditangkap

Rakaman kejadian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila meninggalkan komen di ruangan TikTok akubudakkluang_official.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada yang mendakwa bahawa mungkin suspek adalah orang terdekat memandangkan dia seolah-olah sudah mengetahui keberadaan warga emas berkenaan yang tinggal bersendirian di rumah.

Dia bukan simpati, dia buat untuk elak provokasi

Rasanya mungkin orang terdekat

penyamun sopan

Artikel lain: Tular Video Jalur Gemilang Terbalik, Polis Sahkan Tiada Laporan Diterima

Wajah suspek juga tidak dapat dikenal pasti kerana bertopeng, namun polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman yang ada.

Sumber: TikTok akubudahkluang_official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan Fila Amir kesal mengenai dakwaan netizen mengenai status anak pertamanya, Assara Adama Camara. Netizen persoal muka anak Fila Amir Menerusi potongan...

Nasional

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memaklumkan bahawa pelaksanaan tarif air baharu di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi Tempoh Pelaksanaan Kedua (TP2) ditangguhkan...

Lokal

Istana Seri Kinabalu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman terlibat...

Lokal

Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, telah membuat satu laporan polis tambahan bagi memohon siasatan terperinci dijalankan terhadap kematian anaknya yang berlaku di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd