Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kanak-Kanak Hanya Ada RM15, Peniaga Durian Beri Musang King Percuma

Peniaga durian beri Musang King percuma

Tular di media sosial, seorang peniaga bermurah hati memberikan durian Musang King secara percuma kepada tiga budak lelaki telah mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Peniaga durian beri Musang King percuma

Menerusi satu hantaran di TikTok @Bala Durian, memaparkan kanak-kanak terbabit datang ke gerai peniaga tersebut dengan hanya membawa wang simpanan masing-masing untuk dikumpulkan menjadi satu bagi membeli raja buah itu.

@bala_durian

Simpan Duit untuk beli durian Duit Tabung ✅ Offer Durian 1bag Rm50 🎉🎉🎉 offer 🎉🎉🎉 #durianviral #durianlover #musangking #musanglovers #durianmurah #durianpadu #viralllllll

♬ original sound – Bala Durian – Bala Durian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, jumlah yang dikumpul hanya sekitar RM15 dan tidak cukup untuk membeli sebiji durian Musang King yang dipercayai bahawa harganya sedikit lebih mahal daripada durian biasa.

Video berdurasi satu minit 52 saat itu, menunjukkan peniaga yang dikenali sebagai Bala tidak menerima wang daripada kanak-kanak itu malah memberikan sebiji durian Musang King secara percuma setelah melihat niat ikhlas dan usaha murni tiga sahabat terbabit.

Peniaga durian beri Musang King percuma

“Tak payah timbang, tak payah belik. Pak cik bagi percuma sahaja,” kata Bala di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, lebih sedih lagi apabila Bala memberikan sebiji lagi durian sebagai tambahan serta menolak untuk menerima wang daripada mereka dan meminta agar duit itu disimpan semula.

Meninjau ke ruangan komen, Bala juga menawarkan diri untuk membelanja seorang ibu tunggal bersama anaknya yang telah lama mengidam menikmati buah itu secara percuma, menambahkan lagi rasa terharu netizen atas sifat pemurahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, wargamaya mendoakan agar perniagaan Bala terus maju serta lebih berjaya dan ada juga yang tidak sabar untuk membeli durian di gerainya sebagai tanda sokongan.

Dah lama teringin

Peniaga durian beri Musang King percuma

Murah rezeki selalu

Ramai-ramai support

Artikel lain: Dua Beradik Tolak Kerusi Roda Bapa Di Bawah Terik Matahari Cetus Sebak

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 1.3 juta tontonan dan lebih 109,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Bala Durian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd