Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Enam Individu Termasuk Pengasas Program eHati Direman Tiga Hari

Pengasas program eHati direman

Enam individu termasuk sepasang suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu proses siasatan berhubung kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.

Pengasas program eHati direman

Pengasas program eHati direman

Foto: The Merdeka Times

Memetik laporan Free Malaysia Today, perintah reman  dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Suspek berumur 26 hingga 57 tahun itu direman mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan kehormatan seseorang, Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dalam pada itu, suspek yang diwakili oleh peguam, M Reza Hassan memberitahu anak guamnya akan memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan reman tersebut.

Pengasas program eHati direman

Foto: Buletin TV3

“Salah seorang anak guam saya sudah mengemukakan laporan perubatan kerana tidak sihat, namun tidak diterima mahkamah.
“Sebab itu kami memfailkan permohonan mengkaji semula keputusan itu,” kata M Reza.

Artikel lain: Pengasas EHati Ditahan Selepas Tampil Bagi Kenyataan Di Balai Polis -Peguam

Untuk rekod, semalam pasangan suami isteri yang juga merupakan pengasas program motivasi itu dilaporkan ditahan selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd