Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengasas Program eHati, Lima Individu Lain Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Enam individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga kontroversi, eHati, bersama anak perempuan mereka, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pengasas program menari bersama para fasilitator

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim yang memaklumkan bahawa tiada lanjutan reman dikenakan terhadap mana-mana individu terbabit.

pengasas program

Foto: Utusan Malaysia

“Tak disambung, semua OKT (orang kena tahan) diberi jaminan polis,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman selama tiga hari terhadap kesemua suspek termasuk tiga individu lain bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran sebuah program motivasi yang dipercayai menyimpang dan berunsur lucah. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis.

Kes disiasat berikutan penganjuran satu program yang berlangsung pada September tahun lalu dan tular di media sosial apabila dikaitkan dengan elemen syirik serta tingkah laku tidak bermoral.

Menurut laporan, program berkenaan dipercayai dikendalikan oleh fasilitator yang dikenali sebagai Cleopatra yang terdiri daripada ahli peringkat tertinggi dalam pertubuhan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pengasas program

Foto: Astro Awani

Peserta wanita yang pada mulanya bertudung, didakwa diarahkan menyertai satu sesi aneh yang melibatkan tindakan menanggalkan pakaian secara beramai-ramai.

Artikel lain: Polis Sahkan Wujud Elemen Tak Senonoh Dalam ‘Queen’s Night’ Program EHati

Pengasas program juga dikatakan menari bersama para fasilitator dalam upacara tersebut sebagai simbolik kononnya membuang segala masalah hidup.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini berkata, pihaknya telah membuka satu kertas inkuiri bagi menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang jenayah dalam program tersebut.

pengasas program

Foto: Kosmo!

Beberapa saksi termasuk bekas peserta turut dipanggil bagi mendapatkan pengesahan berhubung aktiviti yang berlangsung, termasuk penggunaan bahan yang dikatakan boleh mengkhayalkan.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengambil langkah sewajarnya apabila memanggil dua saksi tambahan bagi menyiasat kemungkinan wujudnya penyebaran doktrin sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam di negeri ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd