Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Penerbit Vik2ria Secret Tak Lemah Semangat Walaupun Hanya Kutip RM5,058.90

Penerbit filem Vik2ria Secret, Richard Ung tak lemah semangat dengan jumlah kutipan filem itu yang hanya mencecah RM5,058.90 sahaja.

Memetik laporan Harian Metro, filem arahan AR Badul itu mencatat kutipan terburuk sepanjang 2023 walaupun menerima dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM550,000.

Foto: Harian Metro

Richard yang juga merupakan pemilik syarikat produksi Sheunik Sdn Bhd berkata, dia menganggap untung dan rugi adalah perkara biasa selain risiko perlu dihadapi dalam perniagaan membabitkan industri perfileman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, dia terpaksa menerima hakikat bahawa filem itu mencatat kutipan terendah selepas ditayangkan pada 15 Jun 2023 meskipun telah mengeluarkan kos ratusan ribu sebagai promosi dan publisiti termasuk membeli iklan di stesen radio dan papan tanda.

Penerbit Vik2ria Secret tak lemah semangat

“Saya percaya filem itu mempunyai tarikan kerana ia adalah ‘comeback’ AR Badul dan beliau sudah memberi sentuhan terbaik untuk filem itu,” katanya.

Artikel lain: Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Bakal Menemui Penonton Di Pawagam 15 Februari Ini!

Sementara itu, Richard turut menyatakan bahawa tarikh tayangan yang bertindih dengan filem pecah panggung, Polis Evo juga merupakan antara faktor kerugian.

“Saya sudah salah pilih tarikh tayangan filem itu kerana ia bertindih dengan tayangan filem Polis Evo yang sudah masuk minggu ketiga di pawagam.
“Saya tak nak tunggu tarikh lain sebab sudah mohon dana DKD. Kalau tak dapat tarikh nanti tak boleh ‘claim’ dengan Finas. 
“Pada masa sama, Vic2ria Secret sudah lama disiapkan dan saya tak mahu peram lagi,” ujarnya.

Tambahnya, Vic2ria Secret yang judul asalnya Bra Merah itu juga terpalit dengan kontroversi sehingga mendapat kecaman daripada blogger.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada blogger yang kecam filem ini dan bila ada kontroversi ia terus tak dapat sambutan di pawagam.
“Saya sangat berharap Vik2ria Secret dapat ditayangkan di platform lain kerana bila ada kontroversi dulu, saya susah nak jual filem ini,” katanya.

Bagaimanapun, dia berharap terus mendapat peluang menerbitkan filem kerana ia merupakan perniagaan yang diceburinya sejak dahulu.

“Saya seorang ahli perniagaan dan penerbit filem. Sebagai pembayar cukai, saya juga berhak untuk memohon DKD untuk membuat filem. Dapat atau tidak dana itu, soal lain,” ujarnya.

Sekadar info, selain filem Vik2ria Secret, filem Sazali Meor Coco dan filem tamil, Kaaval: The Movie turut mencatat rekod kutipan rendah dengan harga jualan tiket RM7,000.

Filem Kaaval: The Movie mengumpul kutipan sebanyak RM5,645.10, manakala Sazali Meor Coco arahan Zizan Nin mengutip sebanyak RM6,990.35.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd