Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pendapatan Astro Merosot Susulan Pelanggan Pilih Pelan Lebih Murah

Penstrukturan semula Astro Malaysia Holdings Bhd melalui Astro One dilaporkan tidak mencapai peningkatan langganan seperti yang dijangkakan, menurut TA Securities menerusi laporan BH Online.

Penganalisis, Joram Isac S Ooi berkata, strategi itu sebenarnya menyebabkan kanibalisasi, apabila pelanggan beralih ke pelan harga lebih rendah, sekali gus menjejaskan jumlah pelanggan dan mengurangkan ARPU (hasil purata setiap pengguna).

“Akibatnya, pendapatan turut merosot. Walaupun pihak pengurusan menjangkakan ARPU akan stabil, kami melihat kelemahan berterusan dalam asas pelanggan dan mengambil pendirian lebih berhati-hati terhadap prospek sehingga terdapat tanda pemulihan yang lebih jelas.
“Kami kekal berhati-hati kerana tekanan makroekonomi dan sentimen pengguna yang lemah boleh menjejaskan prospek pertumbuhan serta memperlahankan kemajuan inisiatif transformasi Astro,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Foto arkib: Bernama

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026, Astro mencatat keuntungan bersih RM63.13 juta, menurun daripada RM129.15 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan hasil kumpulan penyiaran, termasuk stesen televisyen berbayar, susut kepada RM2.79 bilion berbanding RM3.08 bilion tahun sebelum itu, disebabkan pengurangan hasil daripada langganan, pengiklanan, pendapatan sewa dan jualan hak pemprograman, menurut syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi suku keempat berakhir 31 Januari 2026, keuntungan bersih Astro meningkat kepada RM24.07 juta berbanding RM10.5 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, namun hasil suku semasa mencatatkan penurunan RM53.5 juta atau 7.0 peratus kepada RM712.9 juta daripada RM766.4 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh pendapatan langganan dan pengiklanan yang lebih rendah.

Foto arkib: NSTP

Setakat 31 Januari 2026, jumlah aset Astro menurun kepada RM4.97 bilion berbanding RM5.48 bilion setahun sebelumnya, iaitu susut RM509.9 juta atau 9.3 peratus.

Ooi menambah, pihak pengurusan menegaskan semula komitmen terhadap agenda transformasi Astro dengan fokus kepada pertumbuhan mampan jangka panjang melalui pengukuhan kandungan tempatan, pengembangan perniagaan berkaitan seperti sooka (penstriman freemium), Astro Fibre, penyelesaian perusahaan, pengiklanan, serta penstrukturan semula kos legasi.

“Kami telah menurunkan unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2027 dan 2028 masing-masing sebanyak 27.4 peratus dan 5.7 peratus, berikutan semakan menaik terhadap andaian kos kandungan sebanyak tujuh hingga lapan peratus,” katanya.

Sumber: BH Online (Wartawan BH)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd