Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pempengaruh Lepas Geram! Habiskan Hampir RM1 Juta Beli Emas Untuk Isteri

Pempengaruh Lepas Geram

Pempengaruh lepas geram membeli barangan kemas buat isteri tercinta selepas dikecewakan atas layanan salah seorang staf di kedai emas sebelum ini.

Dia yang juga usahawan, Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed berkata, layanan staf di kedai emas terbaharu adalah jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini iaitu  ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.

Prince Syed berkata, dia tidak menyangka dirinya telah menghabiskan hampir RM1 juta di kedai berkenaan disebabkan servis yang diterima.

Allahu, rasa macam nak demam… Habis RM980K shopping di SMS Deen Jewellers! Lepas geram shopping raya kali ni. Itu pun dah harga selepas diskaun semua.
“Bagi saya, nilai RM980K tu sangat berbaloi dengan banyaknya emas yang dapat dibeli untuk raya kali ini. Tapi memang banyak sangat diskaun yang mereka bagi. Alhamdulillah! Memang jauh beza harga.
“Tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir RM1juta ringgit di kedai ini sahaja.
“Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai itu tak penting,”ujarnya.

Pempengaruh Lepas Geram

Tambahnya, nilai barangan kemas bernilai RM980,000 itu tidak dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada disisinya disaat susah mahupun senang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Moga isteriku akan menjadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup. 
“Kita beli apa-apa biarlah cukup sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia, cuma janganlah berlebih-lebih. Ikut kemampuan, insyaAllah,”tulisnya menerusi satu hantaran, awal pagi tadi.
@prince.syed.shahid

Allah , nak demam rasa , habis RM 980K shopping @SMS DEEN JEWELLERS , lepas geram shopping raya , tu harga lepas diskaun semua , pada sy ok sangat nilai RM 980K tu dengan banyak emas yang dapat dibeli kalini untuk pakai raya tp banyak sangat diskaun mereka bagi kat saya Alhamdulillah , jauh sangat beza harga , tak sangka layanan staff bagus , tak perasan yang sy berhabis hampir 1juta ringgit kat kedai ni shj , ya Allah … berkat rezeki berusaha dan nilai tu x penting , yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang , moga isteriku akan jadi isteri soleha dan jangan lah kita berlagak dalam hidup , kita beli apa2 cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma jangan lah berlebih lebih , ikut kemampuan in sha Allah

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Artikel lain: Siap Baling Cincin! Pempengaruh Kecewa, Staf Kedai Emas Beri Layanan Buruk -“Ingat Takda Duit?”

Sebelum ini, pempengaruh itu meluahkan rasa kecewa selepas berdepan dengan layanan kurang memuaskan ketika mengunjungi sebuah kedai emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsinya, dia sudah memperuntukkan hampir RM90,000 untuk membeli barang kemas kepada isteri tercinta, Fatin Syazwani Ishak sebagai hadiah sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Sumber: TikTok prince.syed.shahid

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd