Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pempengaruh Ija Dan Adik Dihukum Penjara, Denda RM1,500

Ija dihukum denda RM1500

Pempengaruh dan adik lelaki yang membuat laporan palsu berikutan kehilangannya di Sungai Tui, Bukit Kepong, 14 Julai lalu dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Ija dihukum denda RM1500

Ija dihukum denda RM1500

Foto: Berita Harian

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Suzana Mokhtar selepas kedua-dua tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, adik Tengku Abdul Aziz, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya.

Mahkamah memutuskan Ija boleh dihukum penjara tiga bulan manakala Tengku Aziz enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Ija dihukum denda RM1500

Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, hari ini.

Terdahulu, Ija dilaporkan hilang setelah kereta yang dipandunya didapati terjunam di Sungai Tui, Bukit Kepong, pada 14 Julai, Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memberitahu pihaknya telah merakam dua individu iaitu isteri dan adik kepada pempengaruh itu pada malam Selasa bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan yang dikemukakan dan polis mendedahkan mangsa disyaki menenggelamkan kereta Perodua Axia milik isterinya  sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Adik mangsa turut mengaku bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha mencari mangsa bagi mengaburi siasatan pihak berkuasa.

Artikel lain: Pempengaruh Hilang: Polis Rakam Keterangan Isteri, Adik Ija Nizaruddin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd