Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rossa Komen Wanita Buat Pembedahan Plastik – “Tak Salah, Asalkan Jangan Ubah Drastik”

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa berpandangan seseorang wanita yang menjalani pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan bukan satu kesalahan.

Menurut laporan Kosmo! Online, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, memberitahu tindakan itu bergantung kepada niat masing-masing asalkan tidak berlebihan atau mengubah ciptaan asal Allah.

Pembedahan plastik

Pembedahan plastik

“Menurut saya, zaman sekarang memang ramai yang buat pembedahan plastik. Tapi terpulang pada individu tersebut apakah itu sifatnya adalah perawatan (rawatan) atau membetulkan sesuatu yang mungkin dirasa tidak nyaman (okey).
“Ada juga yang mungkin matanya tidak sesuai, tidak sama kiri dan kanan. Mungkin ada juga sesuatu yang mengganggu pada kesihatan atau kurang percaya diri dengan itu.
“Buat saya sendiri, tidak ada salahnya asalkan tidak berlebihan mahupun merubah secara drastik kurniaan dari Allah. Kecuali kalau berlebihan maksudnya sudah mancung, mahu tambah mancung. Pada akhirnya terpulanglah pada niat dan bajet individu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Ukhuwah Raya Rossa dan sidang media konsert Here I Am, di sini, semalam.

Artikel lain: Jennie Blackpink Hadir Persembahan Lisa Di Coachella, Bukti Hubungan Masih Baik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembedahan plastik

Pelantun lagu Hati Yang Kau Sakiti itu turut berkata prosedur kecantikan tersebut bukan sahaja terkenal dalam kalangan artis malah, orang biasa juga terjebak demi mengubah penampilan menjadi lebih baik.

“Sekarang bukan cuma selebriti justeru hampir semua orang boleh melakukan pembedahan plastik. Ketika ada kemahuan, ada biaya (wang), semuanya boleh.
“Tapi untuk industri hiburan sendiri, memang betul, khalayak kebanyakan gemar memberi komen terhadap penampilan artis sama ada dari segi penampilan dan sebagainya. Itu memang omongan (perkara) yang harus diterima dan sedih sebetulnya.
“Kita hakikatnya berharap mudah-mudahan hanya karya yang dihargai. Bagaimanapun, kita juga harus menghargai orang yang memilih untuk tidak melakukan operasi plastik mahupun sebaliknya kerana semuanya adalah hak peribadi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rossa bakal menganjurkan konsert ‘Here I Am’ pada 14 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan turut mengundang artis jemputan seperti Ariel Noah dan penyanyi tempatan, Ernie Zakri dan MK K -Clique.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd