Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang Pada Olimpik Paris 2024

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemilihan kedua-dua atlet tersebut mewakili anggota kontinjen negara yang terdiri daripada atlet membuat penampilan sulung dan berpengalaman di pentas Olimpik.

Foto: MOM

“Selepas meneliti atlet yang disenarai pendek dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jadual pertandingan, Lembaga Eksekutif telah memilih Bertrand dan Nur Shazrin untuk membawa Jalur Gemilang semasa perarakan atlet.
“Walaupun Bertrand dipilih berdasarkan penampilan sulung, Nur Shazrin adalah atlet berpengalaman yang akan membuat penampilan ketiganya. Dalam meraikan masa depan, kami menerima masa kini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, 1 Julai 2024.

Sementara itu, Bertrand berusia 19 tahun, atlet kelahiran Sarawak yang merupakan atlet negara pertama layak secara merit ke Paris pada Julai tahun lepas sekali gus menjadikan beliau sebagai anak Sarawak keempat diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang di pentas Olimpik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: MOM

Nur Shazrin, anak kelahiran Johor pula membuat penampilan ketiganya di pentas Olimpik selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020 dan merupakan atlet sukan layar pertama yang diberi penghormatan untuk membawa bendera Malaysia semasa majlis perasmian.

Kedua-dua atlet berkenaan mencatatkan rekod cemerlang pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang diadakan tahun lalu setelah Bertrand berjaya meraih pingat gangsa 10 meter platform seirama manakala Nur Shazrin pula meraih emas dalam acara dinghy sehingga melayakkannya ke Sukan Olimpik Paris.

Artikel lain: MOM Sedia Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Kontinjen Malaysia, Hasilkan Motif ‘Harimau’ Lebih Jelas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Majoriti

Untuk makluman, Majlis Perasmian sukan temasya tersebut dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara dan perarakan sepanjang 6 km itu akan berarak sehingga ke penghujung laluannya di hadapan Trocadéro.

Sumber: Laman Web MOM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd