Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pemandu Singapura Perlu Selesai Bayar Saman Sebelum Keluar Malaysia – MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memudahkan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) kenderaan asing yang memasuki Malaysia yang akan dikuat kuasakan mulai 1 Oktober depan.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan tidak mempunyai cara untuk mengesan kenderaan asing memiliki saman atau kesalahan di negara ini, namun tiada lagi ‘pusingan U’ selepas penguatkuasaan VEP bermula.

Foto: FB MOT Malaysia

“Jadi apabila VEP dilaksanakan, sesiapa atau kenderaan asing yang memasuki Malaysia, jika melanggar undang-undang kita maka mereka perlu membayar saman sebelum meninggalkan negara ini. Inilah mesejnya…tidak akan ada pusingan U. Akan dikuatkuasakan pada 1 Okt,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia ke-4 di Putrajaya pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke berkata, pihaknya sedar mengenai kesulitan yang dihadapi pemilik kenderaan asing semasa mendaftar VEP, oleh itu Bahagian Darat kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan untuk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menyelesaikan isu tersebut selain memudahkan proses itu.

“Sebaik sahaja kita meneliti isu itu, kita akan buat pengumuman nanti dari segi penambahbaikan ,” katanya.

Terdahulu, Loke mengumumkan pelaksanaan VEP bagi kenderaan asing di sempadan darat Malaysia-Singapura yang akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Oktober untuk memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya pada 28 Mei lepas.

Foto: Mstar

“Selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333).
“Mereka yang disabit kesalahan boleh dikompaun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan seperti ketetapan Seksyen 119(2) di bawah Akta 333,” jelas beliau.

Loke juga berharap agar pemandu warga asing mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya negara sepertimana pemandu dari Malaysia mematuhi undang-undang di Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd