Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPN Sahkan Maklumat, Gambar Pelajar Tular Berkaitan Kes Zara Qairina Tak Sahih

Polis mengesahkan penyebaran maklumat serta gambar pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina yang dikongsikan oleh pihak tertentu di media sosial adalah tidak sahih.

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menjejaskan perjalanan siasatan malah, berupaya menganggu keadilan kepada semua semua pihak.

Pelajar tular berkaitan kes Zara Qairina tak sahih

Pelajar tular berkaitan kes Zara Qairina tak sahih

“Untuk makluman, segala proses siasatan termasuk isu bedah siasat dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Semua pihak dinasihatkan untuk menghentikan sebarang tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat tak sahih termasuk pendedahan maklumat berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menegaskan perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 15, Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana larangan mendedahkan maklumat, identiti, alamat, nama sekolah dan gambar kanak-kanak yang terlibat.

Seksyen 203A Kanun Keseksaan, kesalahan berkaitan pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 penggunaan tak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pihaknya menyeru kepada orang ramai untuk mematuhi undang-undang sedia ada bagi menggelakkan sebarang tindakan tegas diambil.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Dakwaan Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

Pelajar tular berkaitan kes Zara Qairina tak sahih

Ibu Zara Qairina

“PDRM kekal komited untuk memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara demi kepentingan bersama,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa hantaran gambar dan maklumat kanak-kanak yang didakwa ada kaitan kes Zara Qairina yang dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sumber: Facebook @Polis Diraja Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Lokal

Hasrat seorang lelaki mengekori ambulans yang membawa neneknya ke hospital bertukar tragedi apabila kereta Perodua Bezza dipandunya melanggar lampu isyarat merah sebelum terbabit dalam...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) persoal tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd