Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasangan Malaysia Berkahwin Di Thailand Menurun Kepada 40 Peratus

Jumlah pasangan dari Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand menurun kepada 40 peratus sejak penguatkuasaan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram bermula 1 Disember lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Presiden Majlis Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mat berkata ramai pasangan Malaysia memutuskan untuk membatalkan perjalanan mereka ke Narathiwat kerana pemeriksaan ketat.

Pasangan Malaysia berkahwin di Thailand menurun

Pasangan Malaysia Berkahwin Di Thailand Menurun

Katanya, sepanjang tahun lalu, lebih 300 pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dengan majoriti daripada mereka berasal dari Kelantan dan Terengganu.

“Tetapi sejak larangan rentas sempadan guna pangkalan haram, ramai rakyat Malaysia sama ada memutuskan untuk tidak datang ke sini atau memilih untuk pergi terus ke wilayah Songkhla.
“Dalam tempoh sebulan bermula Disember hingga 1 Januari tahun ini, kita merekodkan penurunan kira-kira 40 peratus
“Jika sebelum ini, sekitar empat hingga lima pasangan Malaysia yang berkahwin di sini dalam masa sehari tetapi sekarang kami hanya merekodkan satu atau dua pasangan setiap hari,” katanya.

Tambahnya lagi, majoriti lelaki Malaysia yang datang ke sini adalah untuk poligami  yang kebanyakannya berusia 30 tahun dan termasuk kakitangan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebanyakan lelaki yang ingin berkahwin dua di sini berusia 30 tahun ke atas termasuk kakitangan kerajaan.
“Bagi kami ia tidak sepatutnya menjadi masalah kepada kami untuk menjalankan akad nikah asalkan pasangan mematuhi peraturan dan membawa semua dokumen yang diperlukan.
“Kita sentiasa memudahkan urusan mereka dan mereka perlu membayar yuran seperti yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat melengkapkan dokumen perkahwinan pasangan Malaysia dalam masa sehari.

“Ini bagi memastikan pasangan Malaysia mendapat dokumen dengan cepat dan tidak perlu menunggu beberapa hari,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz memaklumkan seramai 30 ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis agama itu untuk menikahkan pasangan Malaysia dan Thailand.

Ketika lawatan itu juga, beberapa pasangan Malaysia dilihat berkahwin di dalam beberapa bilik di bangunan majlis agama itu.

Sumber: Berita Harian (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd