Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Parti Buruh Indonesia Tunjuk Perasaan, Baling Telur Depan Kedutaan Besar Malaysia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor.

Menurut laporan tempatan disana, Kompas.com, insiden tersebut melibatkan lima warga Indonesia, di mana seorang daripada mereka maut, manakala empat yang lain cedera.

Susulan itu, hampir 100 penunjuk perasaan itu bertindak membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, semalam.

Parti Buruh Indonesia tunjuk perasaan dan protes kes tembak libatkan anggota APMM

Parti Buruh Indonesia

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, sebahagian daripada mereka membawa sepanduk  mendesak pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu, Selangor.

Parti Buruh Indonesia

Foto: Youtube Astro Awani

Parti Buruh Indonesia

Foto: Malaysiakini

Protes tersebut diadakan sehari selepas jenazah lelaki yang terkorban dalam insiden tembakan itu dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Riau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Parti Buruh Indonesia

Foto: Kompas.com

Presiden Parti Buruh Indonesia (KSPI), Said Iqbal, memaklumkan bahawa parti berkenaan mengadakan sebuah demonstrasi atas sebab ketidakpuasan hati mengenai insiden rakyat mereka yang ditembak oleh seorang pegawai Maritim Malaysia yang berlangsung semalam.

“Aksi demonstrasi ini digelar sebagai bentuk protes keras terhadap tindakan brutal yang mengakibatkan kematian buruh migran Indonesia akibat ditembak oleh pegawai Maritim di Malaysia,” ujar Presiden berkenaan.

Presiden KSPI itu turut tegas mendesak pemerintah Indonesia agar bersikap tegas dalam melindungi buruh migran yang bekerja di luar negeri.

“Kami tidak akan tinggal diam melihat buruh migran Indonesia diperlakukan secara tidak manusiawi di luar negeri. Pemerintah harus segera bertindak tegas, meyelesaikan kes ini, dan memastikan keadilan ada bagi korban serta keluarganya,” tegasnya lagi.

Parti Buruh Indonesia

Foto: YouTube Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Perubahan RUU Undang-Undang Cetus Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Insiden berkenaan berlaku sekitar pukul 3 pagi apabila lelaki tersebut didakwa cuba merempuh bot peronda APMM menggunakan bot mereka, sebelum cuba menyerang anggota penguatkuasa dengan parang.

Menurut pihak polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri mereka.

Walaupun pihak polis sedang menjalankan siasatan, Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa dua daripada lelaki tersebut menafikan dakwaan pihak berkuasa Malaysia dan mendakwa bahawa tiada serangan menggunakan senjata tajam berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas.com, YouTube Astro Awani

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd