Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Park Sung-hoon Tak Sengaja Kongsi Poster Parodi Lucah ‘Squid Game’

Pelakon sensasi Kdrama, Park Sung-hoon sekali lagi menerima kecaman apabila memuat naik sebuah poster dipercayai parodi lucah drama bersiri ‘Squid Game’ di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Sung-hoon, 39, dikritik segelintir penontotn apabila membawa watak sebagai seorang transgender dalam drama musim kedua arahan Hwang Dong-hyuk itu.

Foto: Carian Google

Memetik laporan Korea JoongAng Daily, menerusi foto yang dimuat naik memaparkan beberapa wanita memakai pakaian seragam drama bersiri berkenaan sambil menunjukkan bahagian badan tidak sepatutnya berserta aksi tidak senonoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sung-hoon bagaimana memadam hantaran tersebut sebaik sahaja menyedari kesilapannya itu setelah menerima banyak mesej daripada rakan dan peminatnya.

Sung-hoon Kongsi Poster Parodi Lucah ‘Squid Game’

Foto: X @kkkkolgaps

Namun hantaran dirakam dan ia mula tersebar luas sekali gus mendapat kritikan orang ramai.

Sementara itu, pihak agensi Sung-hoon tampil membersihkan nama aktor berkenaan yang mendakwa dia tanpa sengaja memuat naik hantaran berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X @daheeverse

Difahamkan juga, saat ini Sung-hoon amat kesal dengan tindakannya tersebut dan menyatakan dirinya sedang membuat refleksi diri atas perlakuannya sedemikian.

“Sung Hoon secara tidak sengaja memuat naik foto itu di Instagramnya selepas membaca beberapa mesej. Dia sendiri terkejut dan segera memadamnya. Dia sedang merenung semula tindakannya,” ujarnya.

Artikel lanjut: Jalur Gemilang Muncul Dalam Squid Game Musim Kedua

Terdahulu, wataknya sebagai transgender dalam Squid Game 2, membuatkan pengarah tampil berkongsi pendapat mengenai bakat aktor berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Hwang, dia yakin telah membuat keputusan tepat memilih Sung-hoon untuk watak Hyun Ju kerana percaya pada kebolehan dan bakat aktor itu.

Sumber: Korea JoongAng Daily

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Sosial

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar. Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd