Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beradik Mengaku Bersalah Curi Van Jenazah, Terdesak Langsai Hutang Ah Long RM30,000

Dua beradik dihadapkan ke Majistret di Klang hari ini atas tuduhan curi van jenazah, angkara terdesak mahu melangsaikan hutang RM30,000 daripada Ah Long.

Memetik laporan Kosmo! Online, Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid menjatuhi hukuman penjara enam bulan selepas kedua-dua Abdul Hamid Rizan, 27 dan Faizal, 23, mengaku bersalah.

Dua beradik akui bersalah curi van jenazah

Curi Van Jenazah

Foto: Kosmo! Online

Difahamkan, dua beradik tertuduh merupakan anak yatim dan diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap, pada 25 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, barang kes iaitu van jenazah tersebut telah dipulangkan semula kepada pemiliknya di masjid yang terletak di Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua dengan niat curang telah menyimpan harta curi, iaitu sebuah van jenazah bernilai RM30, 000 milik sebuah masjid yang dilaporkan hilang sehingga tular di media sosial.

Pertuduhan dibuat mengikut 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama yang sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda.

Bagaimanapun, peguam Mark Jeyakumar memaklumkan kedua-dua anak guamnya merupakan pekerja gudang sebuah platform jual beli dalam talian dengan gaji masing-masing sebanyak RM1, 500.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdesak mahu langsaikan hutang along RM30,000

Curi Van Jenazah

Foto: Berita Harian

Hal ini kerana, tertuduh Abdul Hamid telah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala adiknya, Faizal juga telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata dengan isteri masing-masing berada di Sabah.

“Adalah tidak dinafikan bahawa dua tertuduh simpan van itu. Mereka dijanjikan akan mendapat bayaran sejumlah RM30, 000.
“Tujuan mereka adalah kerana terdesak apabila sekumpulan peminjam wang tidak berlesen yang kerap mengganggu mereka.
“Mereka memohon meminjam wang itu kerana segala pembelanjaan dibiayai abang sulung mereka (Abdul Hamid).
“Sekarang dua anak guam saya menghadapi pertuduhan dan mereka mempunyai dua lagi adik lelaki iaitu berusia 14 dan 18 tahun yang terpaksa menguruskan diri masing-masing termasuk membayar sewa bulanan rumah,” ujarnya.

Curi Van Jenazah

Foto: Carian Google

Artikel lain: Lima Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Elak Babi Melintas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka turut memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Ini kali pertama mereka menghadapi pertuduhan di mahkamah. Justeru, memohon pertimbangan satu bon dibawah Seksyen 173A atau Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
“Tetapi sekiranya mahkamah berpendapat bon tidak sesuai, mohon hukuman penjara minima agar mereka dapat kembali kepada pengakuan keluarga,” katanya.

Pegawai Pendakwa Inspektor, Mohamad Rabiul Awal Ishak menegaskan bahawa kes tersebut telah mendapat liputan meluas dalam media sosial.

“Mohon hukuman setimpal bagi kepentingan awam dengan kenderaan curi itu adalah bagi kegunaan pengangkutan jenazah selain barang kes iaitu van jenazah itu dikembalikan semula kepada pemiliknya,” tegasnya.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua kilang pemprosesan kicap dan sos cili yang sudah beroperasi lebih 120 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari selepas didapati tidak...

Politik

Susulan kes kalah saman fitnah terhadap tiga veteran dan pemimpin DAP, Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad selesai membayar RM830,034.75 dalam bentuk...

Nasional

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Radzi Jidin mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan...

Lokal

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd