Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Pemenang Pingat Emas Itali Tidur Di Taman, Dedah Kampung Olimpik ‘Teruk’

Bintang renang yang juga pemenang pingat emas Itali, Thomas Ceccon dilihat tidur di taman Paris selepas mengadu tentang keadaan teruk di Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut satu laporan Metro.UK, Ceccon menyifatkan Perkampungan Olimpik yang ‘buruk’ sebagai punca kegagalannya untuk melayakkan diri ke final 200m kuak lentang pada hari Rabu.

Foto: inkl.com

“Tiada penghawa dingin di perkampungan, panas, makanannya teruk.
“Ramai atlet berpindah atas sebab ini. Ia bukan alibi atau alasan, ia adalah realiti yang mungkin tidak semua orang tahu,” katanya.

Lelaki berusia 23 tahun itu juga memaklumkan dirinya ‘terlalu letih’ untuk beraksi dalam saringan 200m selepas bergelut untuk tidur di Perkampungan Olimpik selepas berjaya merangkul emas dalam acara 100m kuak lentang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Telegraph

“Saya kecewa kerana tidak ke final tetapi saya terlalu letih. Sukar untuk tidur pada waktu malam dan petang.
“Biasanya, apabila di rumah, saya selalu tidur pada waktu petang. Di sini saya benar-benar bergelut antara panas dan bunyi bising,” jelasnya lagi.

Ceccon juga mengambil keputusan sendiri dengan tidur di taman Paris yang dianggapnya lebih selesa dan tidak terlalu bising.

Sementara itu, atlet pendayung Arab Saudi, Husein Alireza bertindak menyiarkan satu video di Instagram yang memaparkan Ceccon sedang tidur beralaskan tuala putih di kawasan taman tersebut.

Foto: Metro.UK

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdapat ramai atlet yang mengadu tentang Perkampungan Olimpik, antaranya bintang Tenis Amerika, Coco Gauff mendedahkan salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah kerana kawasan yang sempit, manakala Perenang Australia, Ariarne Titmus pula berkata tinggal di perkampung itu menyukarkannya untuk beraksi dengan baik.

Sumber: Metro.UK

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd