Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Kontinjen Malaysia Gayakan Rekaan Rizman Ruzaini Bagi Upacara Perasmian

Kontinjen negara bakal mengenakan busana tradisional baju Melayu menjelang upacara perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine, Paris pada 26 Julai depan.

Menerusi satu laporan Kosmo! Online, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Kontinjen Malaysia bakal dilengkapkan dengan busana baju Melayu dan pakaian tradisional tersebut merupakan rekaan pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Foto: Facebook MOM

“Sudah pasti ia akan bertemakan baju Melayu. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan mempamerkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum ini, Kontinjen Malaysia pernah mengenakan pakaian tradisional baju Melayu pada hari perasmian pembukaan Olimpik sejak 1992 di Barcelona sehingga Beijing 2008 dan diteruskan pada Olimpik Rio 2016 dan juga Tokyo 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: malaysia.news.yahoo.com

Untuk makluman, upacara perasmian Olimpik Paris 2024 dijadual akan diadakan di Sungai Seine menggunakan bot membawa para atlet di setiap delegasi negara, berarak sampai ke penghujung laluannya sejauh enam kilometer di hadapan Trocadero.

Kontinjen Malaysia yang setakat hari ini akan dibarisi seramai 26 atlet daripada lapan jenis sukan iaitu memanah, badminton, akuatik, berbasikal, menembak, golf, pelayaran, angkat berat dan olahraga.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Riduan Mohd Hanafiah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd