Pelakon terkenal Indonesia Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan Djokosoetono baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertama anak lelaki mereka, Issa Xander.
Rai ‘birthday’ anak bersama pesakit kanser
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah aktres berusia 29 tahun ini dan suaminya tidak membuat majlis secara besar-besaran bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka.
Sebaliknya, mereka memilih Hospital Pesakit Kanser Dharmais, Jakarta pada Sabtu lalu.
Menerusi hantaran dikongikan di Instagram, pelakon sineteron Puteri Yang Ditukar mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana sudi menerima kedatangan mereka.
“Terima kasih @rskankerdharmais sudah menerima kedatangan kami untuk merayakan ulang tahun Issa bersama adik-adik hebat yang sedang berjuang sembuh.
“Semoga Issa bisa mencontoh kakak disana untuk selalu bersyukur dan tersenyum,”tulisnya.
Terima kasih doktor dan jururawat
Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy turut mengucapkan terima kasih kepada barisan doktor dan jururawat yang tidak berputus asa memberi rawatan terbaik kepada kanak-kanak yang bertarung nyawa melawan kanser.
Malah, Nikita turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka di luar sana yang kini sedang melawan kanser.
“Dan terima kasih untuk para dokter dan perawat yang tidak kenal lelah untuk selalu merawat adik-adik disana.
“Untuk adik-adik atau teman-teman yang sedang berjuang melawan penyakitnya, semangat selalu dan ingat kalian tidak sendirian, aku mewakili followersku selalu mendoakan dan support kalian.
“Virtual hug,”tulisnya lagi.
Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut memberi pujian kepada pelakon sinetron Cinta Buta kerana memilih untuk meraihkan ‘birthday’ anak bersama pesakit kanser.