Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nikita Willy Dedah Tak Pernah Kentut Depan Suami, Pilih Buang Angin Di Bilik Air

Pelakon Nikita Willy dedah tak pernah kentut di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan walaupun pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Menerusi satu hantaran di Instagram, lambegosiip telah memuat naik satu potongan klip temu bual memaparkan aktres tersebut yang disoal rahsia yang suaminya tidak pernah tahu.

Nikita Willy dedah tak pernah kentut depan suami

Nikita Willy Dedah Tak Pernah Kentut

Selepas berfikir beberapa ketika, Nikita kemudian mendedahkan suaminya tidak pernah mendengar bunyi kentutnya kerana aktres itu memilih untuk membuang angin di bilik air.

Bagaimanapun, bukan itu sahaja rahsia yang mengejutkan namun apa yang suaminya tidak tahu, Nikita suka membuang angin di dalam selimut jika tidur bersama adiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sampai sekarang, suami saya belum pernah dengat kentut saya selepas empat tahun hubungan kami. Selalunya kalau nak kentut, saya selalu pergi ke bilik air.
“Tapi dia tak tahu, kalau saya di rumah dan tidur dengan adik saya, saya suka kentut dalam selimut,” katanya.

Suami Nikita kemudian menyokong kenyataan aktres itu dan berkata bukan sahaja dia tidak pernah mendengarnya, malah dia juga tidak pernah terhidu bau kentut isterinya.

Artikel penuh: Tunjuk Kasih Sayang, Udit Narayan Pertahan Tindakan Cium Peminat

Sementara itu, Nikita turut mendedahkan kentutnya seakan-akan tidak mahu keluar jika dia berada dekat dengan suaminya termasuk ketika berada di dalam kereta.

“Dalam kereta, saya tak pernah kentut. Kentut saya seolah-olah tak nak keluar kalau depan Indra,” ujarnya.

Sanggup ke tandas, Nikita Willy dedah tak pernah kentut depan suami

Sekadar info, Nikita dan Indra telah mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2020 dan pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono, 3, dan Nael Idrissa Djokosoetono yang kini berusia sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram lambegosiip

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd