Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Niat Jahat Sunting Video Ucapan Takiyuddin, PAS Teliti Tindakan Undang-Undang

Parti Islam se-Malaysia (PAS) bakal meneliti tindakan undang-undang terhadap niat jahat pihak yang telah menyunting dan memanipulasikan video ucapan salah seorang ahlinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat iaitu Nadzir Helmi berkata, pihaknya cakna terhadap keratan video yang melibatkan Setiausaha Agung parti berkenaan, Takiyuddin Hassan yang kononnya membangkitkan isu homoseksual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foto: FMT

Jelasnya, video yang berniat jahat itu telah diubah luar daripada konteks sebenar ucapan Takiyuddin semasa menghadiri ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, hasil penelitian pihaknya mendapati bahawa video ucapan terbabit sebenarnya merupakan pembelaan terhadap PM yang telah dimalukan oleh sebuah portal antarabangbangsa iaitu Agenzia Nova di laman sesawangnya.

Foto: Bernama

“Video potongan pendek tersebut dengan sengaja dan berniat jahat ditular dan diulas luar daripada konteks keseluruhan ucapan yang disampaikan.
“PAS telah meneliti keseluruhan kandungan ucapan yang hanya mengulangi apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang berkenaan pembelaan beliau kepada Anwar yang dimalukan oleh sebuah portal antarabangsa iaitu Agenzia Nova yang masih tidak dikeluarkan daripada kandungannya (kini tidak boleh di akses daripada IP Malaysia) “ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, ulasan berkenaan merupakan persoalan memandangkan pihak kerajaan yang masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap portal terbabit.

https://www.facebook.com/tvpaspusat/posts/pfbid02jKrXEyPyr64C1FXkGXsdwc4jXBzuWKKdpajPxSBfrhZbPUGtkb46mtzyGRBQfPYwl

“Nama baik seorang Perdana Menteri wajar dibersihkan jika ianya adalah sebuah fitnah yang nyata.
Itulah kandungan sebenar dalam ucapan penuh tanpa disunting dan ternyata ianya amat berbeza dengan fitnah yang sedang berlegar seolah pemimpin PAS membuat kenyataan berkenaan tabiat seksual yang ternyata dilarang dalam Islam,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Nadzir menegaskan bahawa pihaknya akan memberi pengajaran kepada pelaku yang menyunting video tersebut dengan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Sumber: Facebook TV PAS 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd