Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas 14 Kenderaan Di BKE, Dua Penunggang Motosikal Cedera

Dua penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan melibatkan 14 buah kenderaan di Kilometer 12 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) menghala ke Seberang Jaya, pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.14 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Kulim digerakkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba didapati kemalangan membabitkan 14 kenderaan iaitu 12 kereta dan dua motosikal.
“Kemalangan tidak membabitkan mangsa tersepit dan hanya dua lelaki menunggang motosikal mengalami cedera ringan.
“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) BBP Kulim dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Foto: Media Sosial

Sementara itu, kejadian turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih lima kilometer, seperti yang dikongsikan menerusi beberapa video tular di media sosial.

Difahamkan, ramai pengguna lebuh raya yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan tersebut.

Punca kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan lalu terbabas, menyebabkan beberapa kenderaan di belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar antara satu sama lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Lokal

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd