Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus menunjukkan komitmen memperkukuh pengurusan sumber air negara menerusi penganjuran Malaysia Water Forum (MYWATER) 2025 yang bertemakan “Memacu Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu”.
Forum MYWATER 2025 himpun pelbagai pemegang taruh
Difahamkan, forum berimpak tinggi itu menjadi platform strategik menghimpunkan pelbagai pemegang taruh dari penggubal dasar hingga pakar industri untuk bersama-sama menilai cabaran seperti pencemaran sumber air, agihan air tidak seimbang serta keperluan sistem amaran awal dan pengurusan air bawah tanah yang lebih berdaya tahan.
Penganjuran MYWATER 2025 selari dengan hala tuju global
Penganjuran MYWATER ini turut selari dengan hala tuju global seperti yang digariskan dalam Deklarasi Menteri World Water Forum ke-10, bagi memastikan pengurusan air dan sanitasi mampan dapat dicapai melalui tindakan inklusif, inovasi serta kerjasama antarabangsa.
Artikel lain: PETRA Luluskan 48 Projek Tenaga Boleh Baharu Bernilai RM1.87 Bilion
PETRA memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) yang bukan sahaja menjamin bekalan air bersih dan menyokong ekonomi, tetapi juga berperanan penting dalam kelestarian alam sekitar dan keadilan akses kepada air.
Oleh itu, sebagai peneraju ASEAN bagi pembangunan garis panduan IWRM serantau, Malaysia turut komited menyokong pelaksanaan SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi) dan SDG 17 (Kerjasama Global) melalui Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040), sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kelestarian masa depan.
