Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Muhd Khair Razman Dilantik Sebagai Ketua Setiausaha KKDW Baharu

Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau memulakan tugas di hari pertama dengan bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Mohd Kamal Husin, pegawai pengurusan kanan dan kakitangan di kementerian berkenaan.

Mohd Kamal kemudian menyerahkan pas kerja sebelum Muhd Khair Razman melakukan sesi ketikan pertama pada perakam waktu (clock-in) di Lobi KKDW, Putrajaya sebagai simbolik pelantikan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKDW dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan tersebut bagi menggantikan Datuk Seri Ramlan Harun yang bersara wajib pada 30 Mei lalu.

KKDW berkata pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Muhd Khair Razman akan dapat memperkasakan kementerian dalam memacu perubahan dan kemajuan pembangunan masyarakat desa berteraskan Aspirasi Desa Madani.

“Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis berkelulusan Sarjana Undang-Undang (Undang-Undang Antarabangsa) dari Southampton University (UK) dan mmulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1994. 
“Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah, Pulau Pinang, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,” katanya.

Sementara itu, KKDW juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada Ramlan atas segala sumbangan dan khidmat bakti dalam memimpin kementerian sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd