Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

MSNS Lancar Tabung Solidariti Bersama Selangor FC

Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC (SFC) sebagai usaha untuk menzahirkan sokongan dan membantu kelab tersebut bermula pada 27 Jun hingga 2 Julai 2024.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Najwan Halimi berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan dukungan kepada SFC dengan sumbangan kecil RM1 kepada Tabung Solidariti Bersama Selangor FC.

Foto: Suara Merdeka

“Susulan daripada keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada SFC semalam, Kerajaan Negeri MSNS akan melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula pada malam ini (26 Jun) sehingga 2 Julai 2024.
“Hasil dari sumbangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada pihak SFC bagi membantu mereka memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi terhadap hukuman melampau yang telah dijatuhkan oleh MFL,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Foto: FB Najwan Halimi

Advertisement. Scroll to continue reading.
Beliau juga berkata, para peminat dan penyokong yang berhasrat untuk melakukan sumbangan boleh melalui imbasan kod QR yang dikongsikan dalam hantaran di media sosial rasmi sebagai tanda solidariti.
“Semoga dengan inisiatif ini dapat menggerakkan penyertaan semua pihak yang berkongsi citra dan aspirasi untuk mengembalikan semula sukan bola sepak sebagai sukan yang memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Najwan juga turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mencerminkan ketegasan dan kepekaan baginda terhadap pelbagai isu dan ketidakadilan yang sedang dihadapi SFC.

Foto: Google

“Bola sepak, yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian yang melampau hingga menjurus kepada perpecahan di kalangan masyarakat,” tambah beliau lagi.
Untuk makluman, Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan bertitah berasa murka dan kecewa dengan empat hukuman yang dikenakan MFL terhadap SFC yang disifatkan baginda sebagai tidak berperikemanusiaan pada semalam.

Sumber: Facebook Najwan Halimi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd