Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

MOM Sedia Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Kontinjen Malaysia, Hasilkan Motif ‘Harimau’ Lebih Jelas

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan untuk menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau yang lebih jelas di jaket serta logo MOM yang berwarna bagi menghormati status Jalur Gemilang.

Presidennya Tan Sri Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, MOM akan berbincang semula dengan pihak Yonex bagi menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara sekali gus memenuhi harapan rakyat mengenai isu tersebut.

Foto: MOM

“Selepas mengambil kira maklum balas daripada semua pihak, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan para peminat sukan negara, MOM akur bahawa reka bentuk jaket rasmi tidak diterima dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekeliruan yang berlaku selaku badan yang menguruskan pendaftaran dan penyertaan atlet, jurulatih dan pegawai di semua Temasya Pelbagai Sukan selain memaklumkan versi emas logo MOM yang menggabungkan kibaran bendera dan lima gegelung Olimpik tersebut adalah menepati garis panduan IOC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

“MOM menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk pandangan atlet yang berpendapat motif dan reka bentuk untuk penyertaan di temasya berprestij seperti Sukan Olimpik yang menjadi pentas tertinggi penampilan atlet negara, memerlukan pembaharuan.
“Reka bentuk untuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia akan melalui kitaran baharu bermula dengan Sukan SEA Thailand 2025 hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Norza turut mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang taruh dan peminat sukan kerana secara umumnya mengambil berat terhadap majlis pelancaran dan reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 dengan memberi teguran serta pandangan membina.

Foto: MOM

“Kami juga menghargai prinsip KBS dan agensi Kerajaan lain yang menghormati kedudukan MOM sebagai badan payung Persatuan Sukan Kebangsaan yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan.
“Besarlah harapan kami agar seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan buat Kontinjen Malaysia dengan penuh semangat dan bersatu-padu sebagaimana kesungguhan yang ditunjukkan dalam memberi pandangan terhadap pakaian rasmi Kontinjen Malaysia,” tambahnya lagi.

Foto: MOM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, timbul kontroversi berhubung reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia serta majlis pelancarannya sempena sambutan Hari Olimpik Sedunia Paris 2024 yang dianggap tidak menggambarkan semangat patriotik.

Sumber: Laman Rasmi MOM

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd