Seorang pengguna TikTok mencuri perhatian ramai selepas mendakwa warna petrol RON95 yang dibelinya di sebuah stesen minyak di Kapar, Selangor, kelihatan terlalu cair dan berbeza daripada kebiasaannya.
Lelaki berkenaan, yang menggunakan akaun @gigibyeok, berkongsi video menunjukkan minyak petrol diisi ke dalam sebotol minuman selepas menyedari warnanya kelihatan pelik.
Artikel lain: BUDI95: Rakyat Malaysia Bertuah, Harga Petrol Murah – Warga Thailand Tetap Serbu
“Minyak ni cair semacam, macam bukan RON95 biasa. Bila tanya pekerja, dia kata normal je. Tapi aku rasa lain,” katanya.
Menurutnya, petrol itu diambil selepas dia mengisi motosikalnya dan mendapati warna bahan api tersebut tidak seperti sebelum ini. Pekerja stesen minyak berkenaan bagaimanapun menjelaskan bahawa petrol dijual adalah RON95 biasa seperti di tempat lain.
Video itu kemudian tular di TikTok dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Ada yang bersetuju dengan dakwaannya, manakala sebahagian lain berpendapat warna petrol boleh berbeza bergantung kepada faktor penyimpanan dan pencahayaan.
Kejadian tersebut berlaku ketika program subsidi bersasar BUDI95 sedang dilaksanakan, membolehkan rakyat menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter menggunakan kad pengenalan.
Saya pergi negeri lain pekat warna
Ulang alik 3 hari pi kerja minyak dah nak habis
Petrol memang clear
Sumber: TikTok @gigibyeok







































