Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Laksana Program Cakna Autisme, Enggan Biarkan Anggota Tanggung Cabaran Sendiri!

MINDEF Laksana Program Cakna Autisme

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata program yang akan dilaksanakan tahun ini bakal memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai tanda awal autisme selain menyediakan saringan awal secara sukarela serta laluan rujukan bagi intervensi awal kepada kanak-kanak yang memerlukan.

MINDEF Laksana Program Cakna Autisme

Menurut beliau, bagi peringkat permulaan seramai 150 hingga 300 kanak-kanak akan menjalani ujian saringan awal bagi mengesan tanda-tanda autisme.

“Program Cakna Autisme ATM ini kita laksanakan dengan kerjasama anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu Pharmaniaga Berhad, kerana autisme satu keadaan yang mengganggu interaksi sosial terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
“Rancangan program ini timbul ketika kita (MINDEF) melaksanakan program lawatan dan bantuan kebajikan di seluruh negara dan kita dapati ramai anak anggota menghidap autisme.
“Kita tidak boleh biarkan anggota ATM berhadapan cabaran ini bersendirian, jadi kita berpendapat perlu lakukan intervensi,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Pengamal Media di sini, hari ini.

Beliau berkata program tersebut dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan kesedaran dan pendidikan, diikuti fasa kedua merangkumi saringan awal serta penilaian profesional, manakala fasa ketiga memberi tumpuan kepada rujukan dan sokongan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melalui program ini kita berharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung keluarga yang mempunyai anak menghidap autisme,” katanya lagi.

Mohamed Khaled berkata usaha berkenaan juga selari dengan penekanan ATM terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota.

“Soal kebajikan dan kesejahteraan antara tonggak diberi penekanan supaya anggota dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas apabila mereka tahu keluarga dan kebajikan keluarga mereka dijaga,”ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan aspek keselamatan dan pertahanan negara bukan semata-mata tanggungjawab angkatan tentera, sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak termasuk masyarakat dan pengamal media.

Beliau berkata kerjasama erat antara kerajaan, agensi pertahanan, sektor swasta dan masyarakat penting dalam menjayakan pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WOGOS) bagi memperkukuh ketahanan negara.

“Media mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan masyarakat memahami peranan mereka dalam mempertahankan negara.
“Media juga boleh membantu memupuk semangat patriotisme, memperkukuh identiti nasional, menyemai perpaduan rakyat Malaysia dalam menghadapi ancaman serta menangkis propaganda luar yang boleh menggugat keharmonian kaum,” katanya.

Artikel lain: MINDEF Umum Pelantikan Empat Pegawai Kanan ATM, Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2026

Menurut beliau, kerjasama dengan media juga mampu membantu merealisasikan pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam pertahanan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Mohamed Khaled melancarkan Program Cakna Autisme ATM pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Pengamal Media di DoubleTree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 400 pengamal media serta tetamu jemputan dan dianjurkan oleh MINDEF dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pharmaniaga Berhad dan Koperasi Tentera.

Pada majlis sama, Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Dato’ Zulkifli Jafar menyerahkan cek cura sumbangan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman bagi pihak Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Pharmaniaga Berhad yang memanfaatkan 90 pelajar dan 14 warden STAY ATM dalam menyokong usaha memperkasa kebajikan serta pendidikan anak-anak warga ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; serta barisan pegawai kanan dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan, agensi di bawah kementerian dan editor kanan media.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd