Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen meluahkan rasa terharu terhadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atas ucapannya kepada beliau selepas mengumumkan persaraannya.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Ng telah memuat naik satu foto dirinya bersama Mohamed Khaled sedang menikmati buah-buahan tempatan yang diambil pada Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang pada 26 Februari lepas.
Menteri Pertahanan Singapura bersara
Ujar Dr Ng, beliau telah menerima hantaran mesej daripada Mohamed Khaled yang mengucapkan selamat maju jaya kepadanya disamping turut mengalu-alukan kedatangan Menteri Pertahanan Singapura itu ke Malaysia lagi.
“Saya telah menerima kiriman mesej di WhatSapp daripada Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengucapkan ‘semoga berjaya dalam fasa baharu kehidupan’ kepada saya.
“Dan yang paling penting, beliau minta saya untuk hubunginya jika saya datang ke Kuala Lumpur untuk makan durian bersama sebab dia tahu saya suka durian (Wah, nampak sangat ke?). Terima kasih, Yang berhormat!” kata beliau.
Sebelum ini, Dr Ng mengumumkan bakal berundur dari dunia politik sekaligus menjadikannya menteri pertama yang disahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Singapura kali ini.
Artikel lain: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Di Kashmir – Wisma Putra
Menteri Pertahanan Singapura itu mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media di Cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Toa Payoh West-Thomson pada 18 April.
Menurut Dr Ng, beliau telah pun memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong beberapa bulan yang lepas dan mahu memberi ruang kepada pembaharuan dan penjanaan semual senarai calon partinya.
“Saya telah memaklumkan (kepada Perdana Menteri Lawrence Wong) beberapa bulan lalu bahawa sudah tiba masanya untuk saya meneruskan tradisi murni memberi ruang kepada pembaharuan dan penjanaan semula senarai calon PAP.
“Saya tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (GE2025) akan datang,” ujarnya.
Sekadar info, Dr g merupakan mantan pakar onkologi yang telah menyertai politik lebih dua dekad lalu pada 2001 dan sejak itu, beliau berkhidmat di GRC Bishan-Tao Payoh.
Beliau pernah menerajui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga Manusia Singapura sebelum memegang jawatan Menteri Pertahanan Singapura pada 2011.
Sumber: Facebook Ng Eng Hen, Berita Harian Singapura
