Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Perpaduan Mohon Henti Salah Tafsir Maksud Frasa Liberal Dalam Rukun Negara

Orang ramai diminat menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa liberal yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkataan “liberal” merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (Faham, Hormat & Terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

Henti salah tafsir maksud frasa liberal

“Cita-cita Rukun Negara menegaskan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
“Salah satu cita-cita Rukun Negara adalah ‘menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, Rukun Negara telah dirangka dan disusun kepada dua bahagian iaitu lima cita-cita dan lima prinsip.

Artikel lain: 394 Mediator Komuniti Terima Tauliah, Bertanggungjawab Kukuhkan Perpaduan Masyarakat

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cita-cita dan prinsip Rukun Negara kemudiannya telah diterjemah kepada suatu bentuk falsafah atau ideologi nasional.
“Falsafah yang bernilai tinggi ini perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kesesuaiannya sepanjang masa,” ujarnya.

Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 13 tokoh negara daripada pelbagai latar belakang kaum dan kepakaran telah menghasilkan Rukun Negara sebagai falsafah negara baharu.

Rukun Negara telah dirangka berdasarkan tujuh tunjang utama yang telah dikemukakan melalui kertas ‘Pillars of Nation’.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd