Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Akui Silap, Menteri Dalam Negeri Puji Usaha 3 Penyampai Radio Mohon Maaf

Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji usaha tiga penyampai radio yang membuat permohonan maaf selepas mengakui kesilapan sewaktu bergurau sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu.

Memetik laporan dari Berita Harian, Saifuddin menyatakan walaupun permohonan maaf sudah dibuat, namun dari segi undang-undang tiga penyampai radio itu mereka tetap akan disiasat.

Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri anggap permohonan maaf bersifat baik

Ujarnya lagi, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menyiasat perkara itu memandangkan terdapat laporan polis yang telah dibuat.

Perkara minta maaf itu adalah satu perkara yang baik kerana mereka menyedari perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan, tetapi proses undang-undang mesti bermula dengan setiap aduan perlu disiasat.
Soalnya ‘damage is done’ dan kesan dia adalah mereka yang tersinggung ataupun terasa,” katanya.

Menteri Dalam Negeri pesan untuk jaga sensitiviti

Dalam pada itu, Saifuddin juga ada menyatakan insiden itu memberi satu pengajaran supaya setiap rakyat di negara ini supaya sentiasa sensitif terhadap agama lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sementara kita berharap orang lain faham tentang budaya dan sensitiviti agama kita, kita juga kena bersikap begitu barulah hidup dalam rukun damai,” katanya.

Artikel lain: Isu Penyampai Radio Persenda Agama: JAKIM Nasihat Semua Pihak Jaga Sensitiviti

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan berhubung isu terbabit akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

SKMM juga mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada pemegang lesen stesen radio berkenaan susulan video penyampai radionya didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu.

Sumber: Berita Harian (Samad Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd