Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menitis Air Mata, Sultan Pahang Sebak Anakanda Bakal Bernikah

Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang bakal bernikah pada minggu ini.

Memetik laporan Bernama, Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata disamping tidak dapat meneruskan titah Baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar.

Sultan Pahang sebak anakanda bakal bernikah

Sultan Pahang Sebak Anakanda Bakal Bernikah

Foto: Bernama

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah ayahandanya itu menyambung titah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Muhyiddin Wajar Mohon Sembah Maaf Terhadap Sultan Pahang – KJ

“Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah)… baca ni.
“…. akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT,” titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.

Sultan Pahang Sebak Anakanda Bakal Bernikah

Foto: Bernama

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja di Kuantan pada Selasa.

Sementara itu, Perkahwinan diraja Tengku Afzan bersama pasangannya akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd