Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebab Parti Arak, Melaka Tarik Sijil Halal Dua Hotel Bertaraf Lima Bintang

Melaka tarik dua sijil halal hotel lima bintang

Kerajaan Negeri Melaka telah menarik semula sijil halal bagi dua buah hotel bertaraf lima bintang di Bandar Hilir berhubung penganjuran ‘ala parti arak’ yang dilakukan di premis tersebut.

Melaka tarik dua sijil halal hotel lima bintang

Melaka tarik dua sijil halal hotel lima bintang

Foto: WilayahKu

Memetik laporan malaysiakini, premis tersebut telah diserbu oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan tindakan tegas telah diambil setelah menerima daripada orang awam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mendapati penganjuran program tersebut menggunakan peralatan sama dengan dapur yang mendapat pensijilan halal ketika serbuan dibuat.

“Semasa pemeriksaan dibuat hasil aduan awam, kita (Jaim) mendapati memang ada parti sedang berlangsung dan bekas arak ini dicampur penggunaannya dengan peralatan dapur yang sudah dipersijilkan halal.
“Kesalahan itu juga telah diakui pihak hotel dan kita mengambil tindakan tegas menarik semula serta merta sijil halal yang telah dikeluarkan kira-kira lima tahun lalu,” kata Rahmad, pada Isnin.

Menurut beliau,  sijil halal boleh ditarik sekiranya terdapat ketidakakuran serius (aspek syariah) iaitu di bawah klausa 32(3)(a)(ii) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Domestik 2020 (MPPHM 2020).

Timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), itu memberitahu kedua-dua hotel tersebut diberikan tempoh selama tiga bulan bagi membuat permohonan semula sijil halal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam tempoh berkenaan, pihak Jaim boleh mengembalikan semula sijil halal mereka dengan syarat premis tersebut menepati semua peraturan yang ditetapkan dan berjanji tidak mengulangi lagi kesalahan yan sama pada masa akan datang.

Melaka tarik dua sijil halal hotel lima bintang

Foto: Utusan Malaysia

“Bagaimanapun setakat hari ini, mereka belum membuat permohonan semula dan Jaim akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada kesalahan serupa dilakukan 30 lagi hotel lain yang mempunyai sijil halal,” jelasnya.

Artikel lain: 12 Dari 71 Cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus Terima Sijil Halal JAKIM

Dalam pada itu, Rahmad berharap tindakan tegas kerajaan negeri itu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk berkunjung ke premis di Melaka yang mempunyai sijil halal.

Difahamkan, pada peringkat kerajaan negeri tiada penganjuran program di hotel yang tiada persijilan halal sehinggalah premis tersebut memperoleh semula sijil berkenaan.

Sumber: malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd