Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Megan Thee Stallion Berkolaborasi Dengan Twice, Lancar Lagu Remix Mamushi

Rapper popular, Megan Thee Stallion akan mengeluarkan album baharu serta mempamerkan lagu kolaborasinya dengan kumpulan gadis K-pop terkenal TWICE.

Menerusi laman X, Megan mendedahkan senarai lagu untuk album baharunya yang bertajuk Megan: Act II, terdiri daripada 13 lagu termasuk Mamushi Remix bersama Twice.

Foto: X @theestallion

Difahamkan, lagu tersebut pertama kali dikeluarkan pada bulan Jun, versi asal lagu itu menampilkan rapper Jepun Yuki Chiba. Mamushi merupakan sebuah lagu yang tular dengan trend tarian ‘Watashi Wa Star’ di TikTok dan telah disertai oleh ramai individu muda termasuk Jihyo dan Mina dari TWICE.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan gadis K-pop itu juga berkongsi berita mengenai kolaborasi mereka dengan Megan di X, dengan mempromosikan lagu itu melalui tarian ‘Watashi Wa Star’ oleh Jihyo dan Mina.

Foto: X @JYPETWICE

Album ini juga mengandungi Neva Play, lagu kolaborasi Megan dengan RM dari kumpulan K-pop sensasi BTS, sebagai lagu bonus. Lagu ini pertama kali dikeluarkan pada September.

Megan: Act II telah dilancarkan pada Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X @JYPETWICE

Baru-baru ini, TWICE telah mengumumkan mini-album keempat belas mereka, Strategy, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada 6 Disember 2024.

Pengumuman mengenai album itu disahkan semasa acara pertemuan peminat ulang tahun kesembilan mereka, HOME 9ROUND, di mana kumpulan itu mengejutkan peminat (ONCE) yang hadir dengan persembahan khas dengan salah satu lagu album berjudul Sweetest Obsession.

Megan: Act II oleh Thee Stallion adalah susulan kepada album ketiga rapper itu, Megan, yang debut di No. 3 dalam Billboard 200 dan menghasilkan beberapa single hit, termasuk Cobra, Hiss, Boa, dan versi asal Mamushi yang menampilkan rapper Jepun Yuki Chiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @JYPETWICE

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd