Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MCMC Perjelas Isu Data Telefon Bimbit, Nafi Dakwaan Salah Guna Data Peribadi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah mengarahkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data peribadi pengguna secara besar-besaran dan tanpa ketelusan.

MCMC perjelas isu data telefon bimbit

Dakwaan tersebut yang dikemukakan oleh penulis politik, Lim Sian See menyatakan bahawa usaha kerajaan melalui MCMC merupakan tindakan untuk “memerah data peribadi rakyat secara senyap”. Namun, semakan terhadap maklumat rasmi mendapati bahawa tuduhan ini tidak berasas.

data telefon bimbit

Foto: Reuters

Tujuan projek MPD

Menurut MCMC, pengumpulan data menerusi projek Mobile Phone Data (MPD) atau data telefon bimbit bertujuan untuk menghasilkan statistik yang lebih tepat berkenaan langganan jalur lebar mudah alih serta kadar penembusan mengikut kawasan pentadbiran.

Selain itu, data tersebut juga digunakan bagi menjana indikator pelancongan termasuk jumlah pelawat dan pergerakan domestik.

Inisiatif ini menyokong dasar berasaskan bukti dalam sektor komunikasi serta pelancongan, bagi mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan dan perancangan infrastruktur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
data telefon bimbit

Foto: Soya Cincau

Privasi pengguna diutamakan!

Selain itu, MCMC menegaskan bahawa semua data yang dikumpulkan telah dianonimkan sepenuhnya, iaitu tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti (Personally Identifiable Information, PII).

Malah, syarikat telekomunikasi yang terlibat diberi dua pilihan iaitu memproses data secara dalaman dan hanya menyerahkan hasil yang telah dianonimkan kepada MCMC serta menyerahkan data yang telah dianonimkan kepada MCMC untuk pemprosesan lanjut.

Artikel lain: MCMC Pantau Jualan Vape Di Media Sosial, Tindakan Penguatkuasaan Bakal Diperketat

Dalam kedua-dua pilihan, tiada data peribadi individu diserahkan atau digunakan.

data telefon bimbit

Foto: Media Mulia

Libat urus dan penanda aras antarabangsa

Sementara itu, MCMC memaklumkan bahawa proses pelaksanaan projek ini telah melalui sesi libat urus bersama semua syarikat telekomunikasi selama tempoh dua tahun.

Perbincangan ini bertujuan memastikan pemahaman menyeluruh tentang keperluan data, kaedah pemprosesan, serta jaminan perlindungan privasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Projek MPD turut dirangka selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, dan pendekatan serupa telah dilaksanakan di negara-negara lain seperti Indonesia dan Brazil.

data telefon bimbit

Foto: Lowyat

Menangani salah faham

Tuduhan bahawa kerajaan sedang mengumpul data peribadi secara rahsia tidak selari dengan fakta yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.

MCMC menekankan bahawa fokus utama projek ini adalah untuk memperkukuh keupayaan analisis nasional dan menyokong pembuatan dasar berimpak tinggi, tanpa menjejaskan hak privasi rakyat.

Justeru, MCMC turut menyeru orang ramai agar mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi serta mengelakkan penyebaran naratif yang boleh mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Lokal

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan sambutan terbesar yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh rasa pengorbanan dan keimanan....

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf kecekapan dan disiplin jemaah Malaysia apabila memuji tahap kebersihan dan pengurusan di kawasan Masyair tahun...

Sosial

Tular satu rakaman memaparkan situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya yang didakwa berpunca akibat berlakunya ketidaksefahaman. Suami gaduh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd