Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MCMC Kenakan Kompaun RM100,000 Terhadap Sin Chew, Sinar Harian

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun sebanyak RM100,000.00 masing-masing terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. selepas menerima izin mengkompaun daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam satu kenyataan MCMC hari ini, tindakan terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad diambil susulan siasatan mendapati organisasi tersebut telah memuat naik ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap di akhbar digital miliknya.

MCMC kenakan kompaun

MCMC kenakan kompaun

Sementara Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. dikenakan kompaun berikutan siaran di akaun Instagram rasmi organisasi tersebut yang memuat naik profil mengandungi maklumat tidak benar mengenai Ketua Polis Negara. Dakwaan yang dibuat melibatkan jawatan kepimpinan tertinggi sebuah parti politik tempatan.

Kedua-dua siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], dengan hukuman seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 233(2).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala tindakan kompaun dibuat menurut Seksyen 243 akta yang sama.

“МСМС menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat serta penuh hemah pada setiap masa,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Artikel lain: Belanjawan 2026: KSN Beri Bayangan Ada Berita Baik Buat Rakyat, Penjawat Awam

MCMC kenakan kompaun

Pada masa sama, penyebaran kandungan palsu yang melibatkan institusi keselamatan negara boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa.

“Sehubungan itu, semua organisasi media dan pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa memastikan ketepatan serta kesahihan kandungan yang diterbitkan, khususnya apabila membabitkan lambang dan simbol rasmi negara,” katanya

MCMC akan terus memperkukuh penguatkuasaan dan melaksanakan pelbagai inisiatif literasi digital bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terpelihara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @MCMC

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd