Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Mayat Yang Dijumpai Bukan Zayn Rayyan, Itu Budak Lain” – Ismanira

 “Mayat yang dijumpai itu bukan anak saya, itu budak lain, bukan Zayn Rayyan.”

Demikian kata ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin ketika memberi keterangan dalam perbicaraan bela diri atas pertuduhan pengabaian yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anaknya dua tahun lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ismanira Abdul Manaf, 30, berkata demikian ketika menjadi saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan yang berlangsung hari ini.

Menurutnya, dia berada dalam keadaan penafian dan enggan mempercayai kenyataan bahawa anak sulungnya telah meninggal dunia.

zayn rayyan

Foto: malaymail

Mengimbas semula kejadian 6 Disember 2023, Ismanira berkata dia berada di kawasan tempat letak kereta bersama ahli keluarga lain sambil memangku anak keduanya ketika terdengar jeritan dari arah semak berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.

“Saya terdengar orang dan saya menangis kerana menyangka Zayn Rayyan sudah ditemui dalam keadaan selamat.
“Tetapi kemudian saya lihat suami saya dipapah keluar dari kawasan semak itu, dan bapa mentua saya beritahu Zayn Rayyan sudah tiada. Saya masih tak puas hati ketika itu,” katanya menjawab soalan peguam, Haresh Mahadevan.

Artikel lain: Mengarut! Bapa Zayn Rayyan Kecewa Dengan Polis, Dakwa Pelaku Masih Bebas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ismanira berkata dia hanya dapat mengesahkan jasad itu milik anaknya ketika berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh lewat malam tersebut.

“Ketika di bilik mayat, saya lihat sendiri tubuh Zayn. Dia ada luka di kepala, lebam di mata, hidung berdarah dan mulutnya tidak tertutup rapat. Perutnya juga kembung, kakinya kecut, kulit jadi putih dan berbau busuk,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen membebaskan suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhahdapnya.

zayn rayyan

Foto: Sinar Harian

Namun berbeza bagi Ismanira apabila mahkamah memerintahkannya membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana didakwa mengabaikan Zayn Rayyan, 6, dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Pendakwaan dibuat bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga 9.55 malam keesokannya di sekitar Blok R, Pangsapuri Idaman dan anak sungai berhampiran lokasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika sabit kesalahan, Ismanira boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Pasangan itu sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun 2024.

zayn rayyan

Foto: The Star

Zayn Rayyan sebelum ini dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 200 meter dari kediamannya, terbaring di anak sungai berhampiran sekitar jam 10 malam pada 6 Disember 2023.

Peguam bela pasangan itu ialah Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd