Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Ditanam: Bapa Direman Tujuh Hari, Dakwa Anak Hilang Ketika Ditinggal Beli Makanan

Seorang bapa yang sebelum ini melaporkan kehilangan anaknya minggu lalu kini direman tujuh hari selepas polis menemui mayat kanak-kanak lelaki ditanam dalam belukar di Rompin, Jempol pada Isnin.

Bapa kanak-kanak direman tjuha hari

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan berhubung kehilangan anaknya yang berusia enam tahun di Taman Bukit Indah pada Rabu, kira-kira jam 6 petang.

bapa

Foto: thesun

“Pengadu mendakwa mangsa hilang selepas ditinggalkan sebentar di dalam kereta yang diparkir, sementara dia membeli makanan,” katanya.

Artikel lain: Kanak-Kanak Tujuh Tahun Lemas Masih Hidup, Bapa Terlepas Cakap Sudah ‘Tiada’

Menurutnya, suspek ditahan pada Khamis dan kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Hasil siasatan lanjut membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Rompin, Negeri Sembilan, pada Isnin,” ujarnya.
bapa

Foto: Sinar Harian

Kumarasan memaklumkan, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya juga negatif daripada sebarang pengaruh dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, polis juga menyiasat dari sudut laporan palsu yang dibuat suspek berhubung kehilangan anaknya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

bapa

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat kira-kira jam 4.30 petang, Isnin.

“Hasil siasatan awal mendapati insiden bermula di Johor Bahru, dimana seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah pada 24 Julai lalu,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd