Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Fahmi Fadzil Tegaskan Malaysia Berhak Terima Atau Tolak Perlantikan Nick Adams Sebagai Duta

Malaysia berhak untuk menerima atau menolak sebarang cadangan pelantikan wakil negara asing ke negara ini, susulan timbulnya bantahan terhadap pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa secara asas diplomatik, negara tuan rumah perlu meneliti dan mempertimbangkan pelantikan yang dikemukakan oleh negara asal sebelum memberikan persetujuan.

Malaysia berhak terima atau tolak

Malaysia berhak terima atau tolak

“Itu dalam bidang diplomasi. Samalah juga sebelum ini kalau kita teliti sejarah dalam kerajaan menamakan ataupun mencadangkan perwakilan Malaysia ke negara asing perlu mendapat persetujuan daripada negara tuan rumah,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sebagai Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di kementeriannya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada Malaysia boleh menolak pelantikan Adams apabila dikemukakan kelak sebagai sebuah negara berdaulat.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan bahawa Kabinet masih belum menerima sebarang memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan Nick Adams, seorang pengulas konservatif yang juga merupakan penulis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, lazimnya Jemaah Menteri akan menerima memorandum daripada Wisma Putra bagi setiap pelantikan baharu melibatkan duta atau perwakilan asing.

Artikel lain: Azam Baki Akui Bukan Mudah Perangai Rasuah, Keberanian Kunci Kejayaan

Malaysia berhak terima atau tolak

“Waktu ini perkara tersebut belum lagi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri. Mungkin selepas kita ada maklum balas yang terkini. Tapi waktu ini belum lagi sampai ke Jemaah Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, keputusan pelantikan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia hanya boleh diputuskan selepas mesyuarat Kabinet.

Terdahulu, pencalonan Adams oleh Presiden AS, Donald Trump telah mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan ahli politik tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menggambarkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa dan usahawan yang berjaya, selain memuji komitmennya yang digelar ‘Nilai Keunggulan Amerika’.

Sumber: Harian Metro (Rafidah Mat Ruzki)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd