Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Loke Bantah Sistem AES, Prinsip Penguatkuasaan Salah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan bantahan terhadap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) berpunca daripada prinsip penguatkuasaan yang salah.

Foto: Anthony Loke Siew Fook

Menurut satu perkongsian video di laman Facebook, Loke berkata sistem tersebut pada ketika itu dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta yang menjadikannya sebagai model perniagaan.

“Setiap saman dikeluarkan oleh AES dahulu, ada sebahagian hasil tersebut disalurkan kepada syarikat swasta.
“Lebih banyak saman dikeluarkan maksudnya lebih keuntungan untuk syarikat. Sehingga satu saman, 50 peratus dimasukkan dalam syarikat,” katanya melalui video yang dimuat naik di Facebook pada Isnin.

sistem AES

Foto: Anthony Loke Siew Fook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sistem AES kini telah dijenamakan semula sebagai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) yang beroperasi di bawah pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, AES dibantah pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang.

PH telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua konsesi pengendali AES yang berakhir pada 31 Ogos 2019.

Artikel lain: Tidak Kira Betapa Besar Jawatan Anthony Loke, Kami Akan Terus Lantang Bersuara – Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Loke mengumumkan kamera AwAS dinaik taraf kepada kaedah pemantauan titik ke titik, menggantikan pendekatan statik semasa, Selasa lalu.

Loke juga mengingatkan bahawa beliau telah membatalkan 4.03 juta saman AES ketika PH memegang tampuk pemerintahan pada 2018.

“Saya tahu saya dimaki tetapi kalau kita tidak berani buat keputusan selagi mana pun kita tidak akan ada perubahan ke arah lebih selamat.
“Kita buat langkah ini demi keselamatan, demi memastikan jalan raya lebih selamat,” tegas Loke mengakhiri kenyataannya.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd