Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LIMA’25: Akibat Simulasi Letupan, Polis Terima 27 Laporan Kerosakan Rumah

Polis Kedah mengesahkan menerima sebanyak 27 laporan daripada penduduk yang mendakwa rumah mereka mengalami kerosakan, dipercayai berpunca daripada latihan simulasi letupan bom sempena acara perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan bahawa semua laporan telah disiasat secara menyeluruh dan hasil siasatan itu akan dirujuk kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan.

Foto: Harian Metro

“Pada edisi LIMA sebelum ini, tiada kejadian seperti ini berlaku. Namun, polis sudah menyiasat semua aduan penduduk.
“Polis juga sudah berhubung dengan penganjur dan dimaklumkan yang mereka memberi komitmen penuh untuk menyelesaikan aduan tersebut,” katanya.

Selain itu, pihak polis juga dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap rumah-rumah yang terjejas.

“Cuma polis ingin mengingatkan supaya sebarang laporan kerosakan rumah yang dikemukakan mestilah berlandaskan kejadian sebenar (bukan rekaan untuk tujuan mendapatkan bantuan).
“Untuk pengetahuan penduduk, tiada lagi persembahan gimik sama akan dilakukan di persekitaran Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bermula hari ini, sehingga pameran berakhir Sabtu ini,” ujarnya.

Foto: Kosmo!

Sebelum ni, tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan cermin tingkap rumah penduduk yang pecah, dipercayai akibat gelombang kejutan dari pesawat pejuang yang menjalani latihan berkelajuan supersonik bagi persiapan LIMA ’25.

Sumber: Harian Metro (Hamzah Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd