Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Liek Hou Peroleh Ganjaran RM1 Juta, Elaun Bulanan RM5,000 Sepanjang Hayat

Atlet badminton, Cheah Liek Hou menerima ganjaran sebanyak RM1 juta dan elaun bulanan melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SITO) RM5,000 sepanjang hayat selepas meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2024.

Foto: Facebook Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Liek Hou yang membawa pulang emas pertama buat Malaysia.

“Sangat berbangga dengan Cheah Liek Hou yang sudah mendapatkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.
“Sangat mengagumkan untuk mendengar Negaraku diputar di Sukan Paralimpik.
“Seperti yang telah dijanjikan, Liek Hou akan menerima ganjaran daripada kerajaan sebanyak RM1,000,000 dan elaun bulanan menerusi Skim Insentif Sukan Olimpik (SITO) RM5,000 sepanjang hayat,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Hannah yakin bahawa bapa kepada atlet tersebut pasti berasa sangat bangga terhadapnya setelah memenangi emas Paralimpik kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Hannah Yeoh

“Saya tahu, bapa kamu pasti bangga terhadap kamu atas kemenangan emas Paralimpik kedua,” ujarnya lagi.

Hannah juga menyeru semua orang untuk menonton filem ‘GOLD’ yang diarah oleh Adrian Teh mengisahkan tentang atlet Paralimpik tersebut.

Beliau menyifatkan Liek Hou sebagai atlet bertaraf dunia selain mengucapkan terima kasih  kerana telah membanggakan nama Malaysia.

Jaguh badminton para Malaysia ini menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia pada perlawanan akhir dengan mata 21-13, 21-15 dalam tempoh 26 minit yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena awal pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Avatar
Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd