Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bukan Sebab Harta, Lelaki Nikahi Doktor 18 Tahun Lebih Berusia

Dituduh mata duitan kerana berkahwin dengan doktor wanita lebih berusia, usahawan tudung Mohd Shahril Tuah sebaliknya menegaskan bahawa rupa atau harta bukan penentu dalam rumah tangga.

Lelaki nikahi doktor 18 tahun lebih berusia

Menurut laporan BH Online, dia yang mesra dipanggil Aril tular selepas memuat naik video kemesraan dengan isterinya Dr Zahida Datuk Mohamad Zahudi, 56, di aplikasi TikTok.

nikahi doktor

Foto: TT MingguanWanita

Menurut bekas pramugara berusia 38 tahun itu, dia bersyukur rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu bertahan sehingga kini.

Nikahi doktor selepas tiga tahun berkenalan

Berkongsi detik perkenalan, dia pada mula membawa ibunya ke klinik isterinya sehingga timbul perasaan ingin mengenali wanita tersebut dengan lebih dekat.

“Kami masih ‘old school’ (cara lama) iaitu kenal secara fizikal selepas jumpa depan-depan. Kali pertama jumpa isteri waktu bawa emak datang berubat di kliniknya, di situlah permulaan kami berkenalan.
“Saya nampak kelembutannya (isteri) selepas lihat cara dia terangkan dan beri nasihat kepada emak mengenai kesihatan jadi itu yang membuatkan saya tertarik,” katanya.
nikahi doktor

Foto: BH Online

Difahamkan ketika itu, Aril baru sahaja putus pertunangan manakala isterinya kehilangan suami sekali gus membuatkan masing-masing menjalin persahabatan selama tiga tahun.

“Waktu itu, dia baru kehilangan suami yang kembali ke Rahmatullah manakala saya pula baru putus tunang.
“Bila berkawan, nampak peribadi isteri yang baik, matang, kemas dan disiplin… paling suka dan banyak belajar dengannya adalah sikapnya yang tidak berprasangka buruk dengan orang lain.
“Dalam tempoh perkenalan, kami tunjukkan keikhlasan dalam perhubungan dengan ahli keluarga masing-masing dan syukur dapat restu kedua belah keluarga untuk berkahwin selepas tiga tahun berkawan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Dr Zahida pula, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki enam tahun lebih berusia namun suaminya meninggal dunia pada tahun kesembilan perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Perjelas Komitmen Tangani Isu Jururawat, Penempatan Doktor Dan Kebajikan Petugas

nikahi doktor

Foto: TT MingguanWanita

Sepanjang menjalani kehidupan solo, beliau yang sudah 28 tahun bergelar doktor itu tidak terlintas untuk kembali bergelar isteri sehingga Aril hadir dalam hidupnya.

“Waktu kahwin, saya berusia 45 tahun dan dia (suami) 27, tapi fikirannya tak macam budak-budak kerana saya yang lebih kebudak-budakan.
“Cara dia cakap pun teratur, tak ada borak kosong dan boleh diajak bersembang. Kami berdua tak terlalu mencuba nak tarik perhatian satu sama lain tapi cuba cari titik tengah supaya dapat bertolak ansur.
“Walaupun dia lebih muda, saya tetap anggap dia suami, kena hormat, terima apa dia tegur dan bukan fikir nak menang kerana saya pun ada banyak kekurangan.
“Tapi suami banyak bimbing terutama dalam soal agama kerana dia lebih arif. Apa yang penting kena jujur dengan satu sama lain dan semoga kami berbahagia di dunia hingga akhirat,” jelasnya lagi.

Sumber: BH Online (Redzuan Muharam)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd