Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, awal pagi semalam.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 pagi sebelum sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dikerah ke lokasi.
Lelaki Gagal Curi Kabel
“Anggota operasi menjalankan kerja penyelamatan dengan bantuan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi menurunkan mangsa dengan selamat.
“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya diturunkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Artikel lain: Kes Curi Kabel, Lima Anggota Polis Ditahan Dipercayai Jadi Dalang Utama
Menurut polis, individu berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah mencuri kabel.
PGOKL berkata, seramai 12 anggota dan pegawai lain-lain pangkat terbabit dalam operasi menyelamat itu.
Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil), TikTok azrielfaris._
